Fahami Permulaan Kitaran Haid – CS Leaflabs

Fahami Permulaan Kitaran Haid

Fahami Permulaan Kitaran Haid

Bilakah hari pertama haid anda?

Anda pasti pernah merasa keliru, dengan kitaran haid anda dan masih cuba memahami bilakah sebenarnya hari pertama anda datang haid. 

Adakah apabila penampakkan tompok coklat seperti tompokan atau titisan darah merupakan tanda yang menunjukkan kitaran haid anda telah bermula untuk hari pertama ataupun aliran darah yang berterusan selama beberapa hari merupakan tanda kitaran haid anda telah bermula?

Berikut merupakan prinsip yang anda boleh perhatikan untuk menentukkan permulaan kitaran haid anda:

  • Jika anda mempunyai tompok darah atau aliran darah yang ringan pada hari pertama dan aliran darah ini masih berterusan pada hari kedua, anda boleh menanggap hari sebelumnya adalah hari pertama kitaran haid anda. Hal ini kerana, apabila hormon estrogen menurun pada kadar yang rendah sehingga membolehkan proses runtuhan pada lapisan endometrium yang menyebabkan anda mula mempunyai pendarahan yang sedikit dan ia mengambil sedikit masa untuk membolehkan aliran darah yang lebih banyak.
  • Tetapi jika anda mempunyai tompok darah atau aliran darah pada hari pertama dan untuk hari seterusnya tiada sebarang penampakkan darah, besar kemungkinan bahawa ini adalah darah permulaan yang akan membuatkan anda datang haid tidak lama lagi, tetapi darah ini bukanlah di kira kitaran haid hari pertama. Anda perlu tunggu sehingga aliran darah yang lebih banyak dan barulah anda boleh mengiranya sebagai hari pertama.

Untuk pengetahuan anda, prinsip diatas hanya boleh diguna pakai untuk mereka yang mempunyai kitaran haid yang natural tanpa sebarang gangguan daripada pil hormon. Ini kerana pil hormon boleh membuatkan wanita mempunyai tompok darah atau pendarahan di antara tempoh kitaran haid.

Selain itu, jika anda berada dalam kitaran yang natural, anda boleh mengalami tompok darah coklat atau aliran darah ringan semasa tempoh ovulasi di pertengahan kitaran anda. Hal ini disebabkan oleh kerana telur terpisah daripada follicle ovari dan tidak ada kena mengena dengan haid anda.





Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping