Apa itu PCOS: 4 Jenis PCOS Anda Perlu Tahu! – CS Leaflabs

Apa itu PCOS: 4 Jenis PCOS Anda Perlu Tahu!

Apa itu PCOS: 4 Jenis PCOS Anda Perlu Tahu!

PCOS adalah sindrom di mana ovari menghasilkan lebihan androgen, hormon seks lelaki yang biasanya terdapat dalam jumlah yang kecil pada wanita atau hanya dikenali sebagai ketidakseimbangan hormon.

Banyak “cysts” (kantung berisi cecair) yang terbentuk dalam ovari dikenali sebagai sindrom ovari polikistik. Walau bagaimanapun, sesetengah wanita yangmenghidapi PCOS tidak menghasilkan “cysts”, tetapi bagi wanita yang tidak mempunyai masalah PCOS juga boleh mempunyai masalah “cysts”.

Penyelidik mendapati wanita PCOS sering mempunyai ovari yang kelihatan seperti rentetan mutiara – dengan banyak telur yang kurang berkembang. “Cysts”ini sebenarnya bukan “Cysts” sama sekali, tetapi beberapa "telur " yang cuba berkembang tetapi tidak pernah mencapai saiz penuh (tidak matang).

Apa Penyebab Utama PCOS

Dalam pemerhatian saya beberapa tahun dalam bidang perubatan, PCOS boleh disebabkan oleh beberapa faktor utama seperti berikut:

● Jenis 1: PCOS Rintangan Insulin

● Jenis 2: PCOS Adrenal

● Jenis 3: Post Pil Perancang

● Jenis 4: PCOS Keradangan

Adalah penting untuk mengenalpasti penyebab utama untuk memudahkan anda merawat masalah PCOS. Saya pasti sebelum ini anda telah mencuba pelbagai solusi daripada pelbagai sumber tetapi akhirnya menemui jalan buntu.

Jenis 1: PCOS Rintangan Insulin

PCOS Jenis Rintangan Insulin merupakan simptom yang paling umum di antara jenis-jenis PCOS yang lain. Sekurang-kurangnya hampir 80% wanita yang menghidap PCOS mempunyai masalah Rintangan insulin termasuklah mereka yang tidak mempunyai masalah berat badan yang berlebihan.(1

Kenaikan berat badan hanyalah salah satu simptom rintagan insulin dan tidak semestinya berlaku kepada semua orang. Jika anda diberitahu bahawa anda tidak mempunyai masalah dengan insulin kerana berat badan anda normal, anda mungkin menerima rawatan yang salah.

Rintangan insulin terjadi apabila sel menjadi “pekak” kepada signal yang diberikan oleh insulin untuk membolehkan glukos dari dalam darah masuk ketempat penyimpanan. Insulin boleh diumpakan seperti kunci yang muat untuk membuka pintu sel. Tetapi dalam masalah rintagan insulin, kunci ini telah menjadi sedikit berkarat dan perlu mengambil masa yang lama untuk membuka  pintu sel.

Secara tidak langsung hal ini menyebabkan kandungan insulin yang tinggi di dalam saluran darah dan menghantar signal ke ovari untuk menghasilkan testoteron dan hormon androgen yang berlebihan.

Jenis 2: PCOS Adrenal

Masalah dalam PCOS adrenal bukan dengan ovari anda, tetapi dengan kelenjar adrenal anda. Tekanan yang menyebabkan otak anda merembeskan hormon adrenokortikotropik (ACTH).

Untuk membantu bertindak balas terhadap tekanan atau bahaya, ACTH menyebabkan kelenjar adrenal anda merembeskan kortisol, adrenalin, dan hormon lain yang dipanggil Dehydroepiandrosterone sulfate (DHEAS). Apabila tekanan berterusan untuk jangka masa yang panjang, paras kortisol dan DHEAS meningkat, dan mengakibatkan PCOS Adrenal.

DHEAS, seperti testosteron, tergolong dalam keluarga androgen dan menyebabkan gejala seperti jerawat, keguguran rambut dan pertumbuhan rambut. Menurut penyelidikan, sekurang-kurangnya 20-30% wanita dengan PCOS mempunyai lebihan androgen adrenal.

DHEAS juga akan masuk ke kawasan ovari dan mempengaruhi kualiti telur. Dalam sesetengah kes, ia akan menyebabkan otak merembeskan LH, yang akan melambatkan prosess ovulasi. Hal ini menyebabkan anda akan mengalami simptop lambat datang haid dan sukar hamil.

Jenis 3: PCOS Post Pil Perancang

Adakah baru-baru ini anda berhenti mengambil pil peracang dan tiba-tiba gejala PCOS muncul? Adalah normal untuk sesetengah jenis pil perancang mencetuskan gejala PCOS seperti jerawat, perubahan rambut, dan kitaran haid yang tidak teratur apabila anda berhenti menggunakannya. Berita baik di sini, bahawa simptop ini hanyalah sementara sahaja...

“Jenis PCOS Post Pil Perancang” disebabkan oleh badan berhenti menggunakkan hormon sintetik daripada pil perancang. Sesetengah jenis pil perancang berpotensi untuk memberikan jenis PCOS Post Pil Perancang. Antara pil perancang yang selalu memberikan kesan ini adalah pil perancang yang mengandungi drospirenone atau cyproterone.

Jenis 4: PCOS Keradangan

Punca akhir PCOS adalah keradangan. Semua wanita dengan PCOS mempunyai beberapa tahap keradangan yang kronik, (2) tetapi dalam Jenis PCOS Keradangan, ini adalah punca utama simptom anda.

Apabila keradangan berterusan untuk jangka masa yang lama, ini boleh membawa kepada gejala PCOS yang lebih teruk. Keradangan kronik akan merangsang ovari anda untuk menghasilkan jumlah testosteron yang lebih tinggi.(3)

Jadi anda mempunyai Jenic PCOS yang mana satu? Jom cari tahu jenis PCOS anda di sini: Quiz Jenis PCOS

Kenalpasti langkah rawatan untuk setiap jenis PCOS melalui ebook Protokol Bebas PCOS




Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping