5 Faktor menyebabkan rintangan insulin? – CS Leaflabs

5 Faktor menyebabkan rintangan insulin?

5 Faktor menyebabkan rintangan insulin?

Situasi rintangan insulin biasanya terjadi kerana 5 faktor iaitu kombinasi genetik dan faktor persekitaran anda seperti apa yang anda makan, senaman, polar tidur dan stress…

Anda mungkin dilahirkan dengan mempunyai kemungkinan yang besar mempunyai situasi rintangan insulin.

Tapi tidak semestinya jika anda mempunyai sejarah keluarga yang ada masalah diabetes 100% jamianan bahawa anda akan menghidapi masalah rintangan insulin juga, tetapi apa yang anda makan, senaman, pola tidur, pengurusan stress  dan faktor-faktor lain jugak memainkan perananan untuk anda mendapat masalah rintangan insulin 

Contohnya mengamalkan diet yang tingi dengan fructose menunjukkan peningkatan risiko rintangan insulin

Kualiti tidur juga merupakan salah satu faktor. Tahukan anda, jika hanya satu malam sahaja anda tidak cukup tidur, ia  boleh menyumbang kepada pengurangan sensitviti insulin dan kekurangan tidur yang kronik boleh menyebabkan masalah rintangan insulin untuk long term.

Tidak bersenam dengan kerap adalah satu lagi bidang yang sedang diterokai oleh penyelidik kerana pergerakan membantu menyedarkan otot anda kepada insulin.

Kondisi semasa ibu anda mengandungkan anda juga salah satu faktor. Penyelidik sedang mencari kaitan antara ibu yang mengalami tekanan/stress  semasa mengandung dan risiko anak mereka mendapat rintangan insulin apabila dewasa, walaupun tanpa mempunyai sebarang sejarah keluarga yang menghidap diabetes

Jika ibu anda menghidap diabetes semasa hamil dengan anda, risiko anda juga meningkat untuk rintangan insulin di kemudian hari

Malah bakteria usus anda memainkan peranan dalam kepekaan anda terhadap insulin jadi meningkatkan kesihatan usus boleh mengurangkan rintangan insulin.

Walaupun anda tidak boleh mengubah genetik anda atau kehamilan ibu anda, terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengubah suai faktor persekitaran lain yang boleh anda kawal.

Perubahan yang simple dari segi pemakanan, senaman,, tidur, kesihatan usus dan rejim suplemen,boleh menjadi asas dalam untuk anda reverse rintangan insulin.




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping